Saturday, 27 October 2012

:: Ada Sesuatu Yang Korang Tak Tahu ! ::


Assalammualaikum wbt ..
Hai sume ~

Hmm , first of all , Selamat Hari Raya Aidiladha you ols ~! ^^v
Maaf zahir dan batin ! ._.
Amacam ? Lembu korban ada yang lari tak ? HAHA

Erm , disebalik kegembiraan berhari raya korban ni , mungkin kita terlupa , banyak kelebihan yang ada di bulan Zulhijjah ni . Heyy , korang nak tau tak ? Err , just keep quiet and continue your reading ~ :D

Dari Ibnu Abbas rodiallahuanhu , telah bersabda Rasulullah s.a.w :

Kelebihan berpuasa pada bulan Zulhijjah :

Zulhijjah merupakan hari diampuni Allah akan Nabi Adam . Sesiapa berpuasa pada bulan itu , Allah akan mengampuni dosa-dosanya .

Zulhijjah juga hari dikabulkan doa Nabi Yunus dan keluar dari perut ikan Nun . Sesiapa yang berpuasa pada bulan itu , seolah-olah dia beribadat selama setahun .

Zulhijjah ialah hari doa Nabi Zakaria dikabulkan oleh Allah , barangsiapa berpuasa pada hari itu , Allah akan mengabulkan doa-doanya . ( wah , boleh doa results PMR cemerlang ni ! )

Zulhijjah merupakan hari lahirnya Nabi Isa , barangsiapa yang berpuasa  pada hari itu , nescaya Allah akan menjauhkan segala kesusahan dan kekafirannya .

Zulhijjah ialah hari lahirnya Nabi Musa . Sesiapa yang yang berpuasa pada hari tu , terlepaslah ia dari nifak dan mendapat keamanan dari seksa kubur .

Zulhijjah , hari Allah membukakan segala kebaikan bagi nabi-nabinya , sesiapa yang berpuasa pada hari itu , maka Allah akan memandang kepadanya dengan kehormatan . ( tabik spring lah ni ea ? :D )

Zulhijjah hari ditutup segala pintu neraka sehingga 10 Zulhijjah , sesiapa yang berpuasa pada hari itu maka Allah akan menutup 30 pintu daripada kesempitan dan dibukakan 30 pintu kemudahan .

Zulhijjah ialah hari yang dinamakan hari tarwiyah , sesiapa yang berpuasa pada hari itu , nescaya diberi ganjaran yang tidak diketahui orang melainkan Allah .

Zulhijjah ialah hari Arafah , sesiapa yang berpuasa hari tu , Allah akan menghapuskan dosa-dosanya selama setahun .

Hmm , hebatkan ?
Subhanallah ~

So , rasanya belum terlambat kot untuk kita nak berpuasa sunat bulan ni .
Hahh , jangan lupa pulak bertakbir and baca doa akhir tahun Hijrah masa hari akhir bulan Zulhijjah ..
Erm , tak silap aku , akhir Zulhijjah > 14 November 2012 / Rabu kot .
Korang nak pahala tak ? So , what you waiting for ? :)

Wasalam 

2 comments:

Khalilah said...

Saya nak tambah... 10, 11, 12, dan 13 Zulhijjah haram untuk berpuasa. Hari tasyrik adalah dilarang sama sekali... :) Btw, nice info...

Unknown said...

khalilah : haha , thank you so much ! btw , nasebaek ingatkan .. hikk :)

Like Sini !

Please Comments Here