Saturday 27 October 2012

:: Ada Sesuatu Yang Korang Tak Tahu ! ::


Assalammualaikum wbt ..
Hai sume ~

Hmm , first of all , Selamat Hari Raya Aidiladha you ols ~! ^^v
Maaf zahir dan batin ! ._.
Amacam ? Lembu korban ada yang lari tak ? HAHA

Erm , disebalik kegembiraan berhari raya korban ni , mungkin kita terlupa , banyak kelebihan yang ada di bulan Zulhijjah ni . Heyy , korang nak tau tak ? Err , just keep quiet and continue your reading ~ :D

Dari Ibnu Abbas rodiallahuanhu , telah bersabda Rasulullah s.a.w :

Kelebihan berpuasa pada bulan Zulhijjah :

Zulhijjah merupakan hari diampuni Allah akan Nabi Adam . Sesiapa berpuasa pada bulan itu , Allah akan mengampuni dosa-dosanya .

Zulhijjah juga hari dikabulkan doa Nabi Yunus dan keluar dari perut ikan Nun . Sesiapa yang berpuasa pada bulan itu , seolah-olah dia beribadat selama setahun .

Zulhijjah ialah hari doa Nabi Zakaria dikabulkan oleh Allah , barangsiapa berpuasa pada hari itu , Allah akan mengabulkan doa-doanya . ( wah , boleh doa results PMR cemerlang ni ! )

Zulhijjah merupakan hari lahirnya Nabi Isa , barangsiapa yang berpuasa  pada hari itu , nescaya Allah akan menjauhkan segala kesusahan dan kekafirannya .

Zulhijjah ialah hari lahirnya Nabi Musa . Sesiapa yang yang berpuasa pada hari tu , terlepaslah ia dari nifak dan mendapat keamanan dari seksa kubur .

Zulhijjah , hari Allah membukakan segala kebaikan bagi nabi-nabinya , sesiapa yang berpuasa pada hari itu , maka Allah akan memandang kepadanya dengan kehormatan . ( tabik spring lah ni ea ? :D )

Zulhijjah hari ditutup segala pintu neraka sehingga 10 Zulhijjah , sesiapa yang berpuasa pada hari itu maka Allah akan menutup 30 pintu daripada kesempitan dan dibukakan 30 pintu kemudahan .

Zulhijjah ialah hari yang dinamakan hari tarwiyah , sesiapa yang berpuasa pada hari itu , nescaya diberi ganjaran yang tidak diketahui orang melainkan Allah .

Zulhijjah ialah hari Arafah , sesiapa yang berpuasa hari tu , Allah akan menghapuskan dosa-dosanya selama setahun .

Hmm , hebatkan ?
Subhanallah ~

So , rasanya belum terlambat kot untuk kita nak berpuasa sunat bulan ni .
Hahh , jangan lupa pulak bertakbir and baca doa akhir tahun Hijrah masa hari akhir bulan Zulhijjah ..
Erm , tak silap aku , akhir Zulhijjah > 14 November 2012 / Rabu kot .
Korang nak pahala tak ? So , what you waiting for ? :)

Wasalam 

Tuesday 16 October 2012

:: Freedom ::


Assalammualaikum wbt ..
( wajib dijawab ! )
Heyy guys ~ ^_^ ) ) )

Huhh , today is the day .
It’s time to take a major break .
Finally , terlunas jugak rindu nak bukak facebook , twitter , myspace and especially ,
membebel-bebel kat sini lahh !
Whaa ~ rindunyee kat hang , hang , hang ~
Aww aww :D

Alhamdulillah Ya Allah..
Aku rasa , akulah antara manusia yang very the most happiest lah omputih kata !

Haha , berbalik pada cite pasal PMR , erm , tahun ni , BM dan BI aras tinggi memuncak . Maths , I’ve made a silly mistake , and ada beberapa soalan yang susah . Sains , itu kacangg laa ( sambil buat muka blagak ) , tapi paper 1 aku ada banyak jugak salah . Sejarah , mak aii , susah bin payah ! Geografi , pun boleh tahan susahnya . Pendidikan Islam boleh tahan lah jugak . Em , KHB pulak , senang , tapi banyak tak boleh jawab sebab aku tak tau nama kuih , alat tangan apebendalah sume tu :’( . And the last one , hehe , baru periksa pagi tadi , Bahasa Arab . Emm , susah tak , senang pun tak jugak , pendek kata , sedang-sedanglaa ..

Hey hey kawan .
Skarang ni dah tak leh nak buat apa dah .
Nak nangis sebab salah jawab pun dah tak guna .
Cuma perlu redha dan berdoa banyak-banyak biar dilunakkan hati penanda kertas tu .
Nak happy sangat pun tak boleh jugak , kena fikir pasal kertas kite tu !

Semoga semua dapat result yang terbaikk .
Please pray for me okay .
Thanks a lot , loveee you all ! :)

Wasalam ~

Tuesday 9 October 2012

:: Fight For Life ! ::


Bismillahirrahmanirrahim ..
Assalammualaikum w.b.t
( jawab .. tak jawab dosa .. )

Hai koranggg ~ ^_^v

Hmm , sebagaimana yang semua rakyat Malaysia tahu ..
Terutamanya seramai 500 ribu pelajar - pelajar tingkatan 3 ,
Esok merupakan tarikh yang terpenting bagi kita semua ..
PMR ( Penilaian Menengah Rendah )
Huh , kau datang jua , PMR .
Kedatangan yang tidak dinanti  :P

So , selepas berhempas pulas selama tiga tahun belajar di sekolah menengah ni ,
Akhirnya di sini penghujungnya sebelum menuju ke tingkatan 4 ..
Nervousnya tuh tidak terkata , kan kan ? :”)

Hmm , target aku ?
Absolutely 9A , ( selepas kehilangan 1 A masa UPSR dulu .. haha ! )
Tapi at least , 6A 3B pun aku dah bersyukur ~
Hihokk ~

Em , lagi apa ekk ..
Hah ! Kepada anda , anda , anda yang tengah membaca ni ,
Tak kiralah kenal atau tidak ..
Maafkan andainya diri ini pernah buat salah ..
Tersalah cakap yang boleh menyinggung perasaan ..
Dan apa jua kesilapan yang pernah dilakukan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki .
Halalkan segalanya .
Mintak ampun , mintak maaf sangat - sangat yee ..
Jangan lupa jugak untuk tolong mendoakan kejayaan kami ..
Tolong ye , tolong ye ? :D

Okayy ,
To all PMR candidates ,
 “Selamat Berperang !”
All the best kawann ~ :)



Korang nak yang macam ni ke ?



“ Burn the midnight oil “ – Jomm ~!




Doakan kami yee ~
Terima kasih ..
 Hanya Allah sahaja yang mampu membalas kebaikan korang ..

Sekian .
Wasalam ..

Like Sini !

Please Comments Here