Sunday 30 December 2012

:: Happy Birthday To Me ::


Assalammualaikum ..
Hello hello , kopi dan milo ! ^^v

 
Saya ada mata Arab tak ? Parappapapa ..

* ABAIKAN ~

Yo wassup (!)
Selamat hari Ahad , 30 Disember 2012 !
And A Very Happy 16th Birthday To Me .
Alhamdulillah Ya Allah ..

What ? “Happy Bithday To Me” ?
Eh , bukan ke birthday kau 23 Jun , Peah ?

Hah , jangan kalut jemahhh !
Tengoklah kalender hijrahnya pulakk ..
16 Safar 1434 hijrah ..

Yess , tu tarikh lahir aku dalam bulan hijrah ..
( Ermm , FYI laa .. *muke bengkek )

Aku lahir pada 23 Jun 1997 bersamaan 16 Safar 1418H .
Jam 9.48 malam .
Thanks ibu mengandungg :)
I love you mum , I love you so much ! Muahh <3

Actually , klau ikut kalender Masihi , arini birthday my friend ,Teha .
So , Happy birthday Shahidatul Fatihah :)
Semoga murah rezeki dan berjaya dalam hidup , kawan  ._.

Ermm ,
Birthday aku ni takde buat apa - apa celebration pun .
Aku celebrate sorang je , makan roti gardenier perisa jagung ,
Yang 70 sen tu , beli kat kedai Cina yang kat simpang jalan .. :’)

Okayy lahh . Only that for now .
Thank you so much sudi baca post perasan ni .
Have a great day you guys :)

Wasalam ~

Friday 21 December 2012

:: Result PMR ::

 
Assalaamualaikum w.b.t ~
Hey readers ! Awesome ? :)

Hah , apa cite result PMR ?
( Haha , lambat betul laa aku nih ! Haihh - -’)

Okay , btw , sorry la ea lambat update nak cite pasal historical day ni ..
Ngeh ngeh .. poyo je ! :P

Erm , brape agaknya result aku ea ?
Malu lah nak bagitau , yela , tak sehebat korang kan ..

Hmm , nah ~


Eh , zoom siket ~


3A 5B 1C . Yess , C memang spoilkan slip aku .
Bahasa Arab . Masa jawab soalan lagi aku dah agak result
aku C sebab soalan dia manyak susah woo .
Tergaru - garu kepala masa menjawabnya .
( kalau aku record masa tu , adui , buruk beno rupanya hoi .. )

Reaksi bila dapat result ni ?
At first , memang happy + tersenyum sumbing + wow
But , bila terpandang kertas-kertas yang aku tampal dalam bilik ,

“ 9A’s In My Hands ! ”

“ Prove It To Everyone ! ”

“ Noor Syahmina Binti Ahmad - Calon 9A ”

Tiba-tiba hati ni jadik sayu ..
Sedih sebab gagal bagi straight A’s untuk family aku ,
Especially my parents .

Honestly , aku jealous dengan Nana , Afiqah , Syawal & Aishah .
Dia orang berjaya bawak balik slip yang tertulis 9A / 8A .
Mesti parents dia orang bangga kan ? :’)
Wow .

Tapi aku tetap bersyukur .. Alhamdulillah .
Aku ingat lagi Cikgu Hakim cakap ,
“ walau teruk mana pun result kita ,
Allah dah bagi yang terbaik untuk kita ”

So , buat kawan-kawan semua ..
Yang dapat result cantik menarik tertarik kau memang debomb (!) ,
Tahniah sangat - sangat - sangat .
And yang resultnya tak brape nak ‘menarik’ ,
Jangan sedih , jangan nangis lagi .
This is not the end of the world weh ! :D

Wasalam

Saturday 15 December 2012

:: Jalan - Jalan , Jumpa Buku ::


Assalammualaikum
Hello peepsss ~

Seemingly cuti ni plan dengan BFF nak buat ‘reunion’ beramai-ramai .
So , we made a decision to choose Muar as our destination . Ewahh
Woahh , hari tu hari Khamis yang indah ! :D

Sampai je Wetex , kitorang “bertawaf” around that shopping mall , 
cuci mata dengan colourful clothes , accessories , shoes and others ..
Almaklumlah , kaum Hawa !

Then , kitorang singgah ke Tanjongmas BookCentre .
Zue , Pika and Aishah - of course lah carik komik Jepun !
Me ? Yuhuu ~ absolutely , NOVELS !

Aku carik Yang Indah Hanya Mimpi by Sharifah Abu Salem .
Guess brape harganya ? RM 30 mak oii !
 Dalam poket ada RM50 jek , jap lagi nak makan KFC lagiii . Argh !
Adoi , tak tertanggung dek bahu yang memikul !
( Well , bagi seorang student yang tak de income macam saya ni lah .. )
Okayy , letak balik di tempat asal .

Pastu , teruskan journey ‘mensurvey’ kedai buku . Haha
Terpandang pulak kat rak yang sebelah dengan rak novel ni .
Islamic . Whoaa ~
Langkah diatur !

Dari atas sampai bawah , diteliti betol - betol .
Pilih pilih pilih .
Finally , aku pilih satu buku keluaran Al Hidayah .
Tadaaaaaa ~


Doa - Doa Pelajar by Md Fikri Yaseen
Buku tu dah kembang , bila letak atas meja , tak nak tegak .
Tu yang jemari saya menyemak tuh . Sorry !

Hah ? Harga ? Malu nak cakap , tunjuk gambar sambil tutup muka ahh ~


Harga mampu milik .
RM 10 sahaja . Keh keh ..
Mengandungi 194 mukasurat .

Isi kandungan dia :

Ucapan Yang Mendatangkan Pahala , Pelajaran Solat Dan Doa-Doa 
Sekitar Ibadah , Doa - Doa Harian , 
Hafalan Surah-Surah Pendek & Ayat-Ayat Pilihan .

Cepat dapatkannya !
Boleh dibaca oleh semua peringkat umur !
( promosilah ni konon . LoL )

Wasalam

Tuesday 11 December 2012

:: Guess What ? ::


Assalammualaikum w.b.t
 Hey guys ~ Awesome ? ._.

Hmm , lama suda tak berceloteh kat sini .
Biaselaa , cuti skolah ni , aku balik kampung ( Segamat , Johor )
 jaga atuk & nenek yang tak brape nak sihat tu .
Ni pun baru seminggu aku kat Muar .

Hah , korang tengok bola tak , ( AFF Suzuki ) Malaysia lawan Thailand
 Ahad lepas ?
Aduhh , seri 1-1 pulokk !

Ehemm , ni aku ada cite ni ,
Lepas je the whole family aku terjerit terlolong tengok bola sampai tekak pun dah naik sakit .
Means , football match tu dah habis la , aku pun dengan pantasnya ambik telefon abah ,
Call atuk yang dirindu slalu kat kampung tu .

Read the ‘awesome’ dialogue below ~


Plupp ! Terus tekan butang merah !
Mak & abah awal-awal dah gelak dah dengar aku yang mulanya menjerit ,
Tiba-tiba volume aku terus LOW LOW ..

Omaiigoddddd ! What a super duper maloo beb !
Salah nombor ? Bukan !
Masa aku check balik number yang aku call tadi , memang betul lah tu numbernye !
Ni kes cross line lah ni !
Ya Allah , malu kott !!
Big lesson to me . Jangan tergopoh - gapah bila bercakap . Mesti relax ~
See , apa dah jadi pada aku ?
MALU BESAR woo ~
Ingat you ols ! Relaks . Sempoi . Cool . Okay ? Huh ~

# Apalah agaknya orang tu dok ngate aku ekk ?
Semoga benda tu terus luput dari ingatan dia !
Amin Ya Allah !

Wasalam



Tuesday 13 November 2012

:: Haihh . Budak Mentah Baca Novel Alaf 21 ? ::


Assalammualaikum wbt ~
Hey guys (!)

Hmm , guess what ? Haha , the school holiday has begin beb !
Yuhuu , staying at home will kill me !
 Loikk it .

Well , sejak PMR habis haritu , novel adalah peneman setia aku bila bosan .
Bila gi sekolah pun takde buat aktiviti sangat .
And bila dah ‘takde buat aktiviti sangat’ , bawaklah novel . Hehe ..
Kat sekolah , aku lah manusia yang mewujudkan budaya pembawakan novel .
Bayangkanlaa , Bella pun dah terpengaruh nak baca novel sekali !
Gulpp ?! Itukah Bella ? A boyish girl , tengking classmates bila bising , makan maggi tiga , empat
bungkus sekali lalu , pengawas yang garang , pergi CC maen game budak laki !
Adohh , ini kes dalam hati ada taman bunga nih !  - -’

Ehemm , setakat ni , aku baru je mengkhatamkan dalam 5 , 6 novel karya Aisya Sofea ,
Fauziah Ashaari , Sharifah Abu Salem and Aina Emir ..


Jendela Hati - Aisya Sofea
Farah jatuh cinta dengan suami kepada arwah kembarnya sendiri , Sarah .
Confirm sedih > nangis ! Huaaa ~ D:


 Adam & Hawa - Aisya Sofea
Korang ada tak tengok drama Adam & Hawa ? Ini dia novelnya .
Emm , mula-mula baca , bosann siket lah , tapi , bila dah sampai tengah ,
rasa geram je aku tengok Ain Hawani yang keras hati bila dipujuk Adam Mukhriz !
Isyy ,gerammm !
( pssst .. jangan kasik tau Aisya Sofea pulakk ! )
Tapi , ending dia best lah .
( Emm , terbayang Aaron Aziz & Nadiya Nissa  .. )


 Pergilah Sepi - Fauziah Ashaari
Berlakunya perkara aib menyebabkan Afiqah benci kat Syafiq , suami yang dinikahi tanpa rela .
Serius , novel ni best habis . Tabikk spring lah kat Fauziah Ashaari ! :)


 Cinta .. Tiada Akhirnya - Fauziah Ashaari
Novel ni sebenarnya sambungan cerita dalam novel ‘Ombak Rindu’ .
Sape tak baca memang rugilah ! Plot yang kreatif .
# Ombak Rindu tak baca lagi :”(
( sure terbayang Maya Karin , Aaron Aziz & Lisa Surihani bila baca nih ! )


 Tak Seindah Mimpi - Sharifah Abu Salem
Korang ada tengok drama Trilogi Cinta ? Nilah novel dia . Aku pun sebenarnya
tak tengok drama tu , bila dah baca , rasa rugi pulak tak tengok dramanya dari mula .
 Patutlah penonton drama ni sampai 2 juta orang !
Wah , pakat bersila depan TV laa lepas ni !


Tak Semanis Impian - Sharifah Abu Salem
Haa , yang ni pulak , sambungan novel Tak Seindah Mimpi .
Cite ni pun termasuk dalam drama Trilogi Cinta .
Emosi akan terganggu tengok perangai Norseha yang
mula cintakan abang ipar sendiri !
 ( over plak aku :D )


 Setulus Janji - Aina Emir
Daripada jadik adik beradik angkat , terus jadik suami isteri !
Memang sentap lah !

Haa , tu dia antara novel yang berjaya aku habiskan !
Dan yang paling bestnya , sume novel ni , aku pinjam jekk ! :D
Terima kasih banyak-banyak kepada Kak Nana & Fariha Zainal ;
Sebab pinjamkan novel tu untuk kiteee yang kedekut ni ( sukar untuk dilafazkan )
Hehe , love you more !

Hmm , pada sape-sape yang obsess bin fanatik baca novel ,
Dan tak tau nak pilih novel apa (?) ,
Novel-novel kat atas tu memang terbaikk lah untuk disantap dek mata !
Ghaha , dah sangkut ayat novel aku ni !

K laa , sudah cukup-cukup sudah .
AND ! So sorry for the silly mistakes that I’m not realize .
Byee (^^ ) ) ) ) ) ~

Wasalam

Sunday 11 November 2012

:: One For All , All For One ::


Assalammalaikum wbt ..
Hey guys ~ ^­_^ ) ) ) )

Haha , hari ni aku ceria & happy sehappy kanak-kanak Ribena lah !
Bukan apalah weh .. ( < cehh ! )
Isy , excited nye lah adoi nak ceritanya nih !
Hehe , okay .. serius !

 Bukan apalah , baru-baru ni sekolah aku ada buat aktiviti untuk budak-budak Form 3 .
Almaklumlah , dah habis PMR ni kan , mestilah ada je aktiviti yang nak dibuat si cikgu tu agar
 tak bosan si pelajar datang sekolah !

Okay , dipendekkan cerita , aku ada masuk game netball .
Erm , aku adalah ketua bagi team 5 ( tangan didada , mata ke atas :P )
Aku punya tugas , jadi GA ( goal attack ) , GS ( goal shooter )  and GD ( goal defend ) bertukar
 dalam waktu-waktu tertentu .
FYI , sume task tu memang tanggungjawab yang besar okay !
Fine , tak nak bangga lagi ! :D

Peraturan jadual , Team 1 lawan Team 2 , Team 3 lawan Team 4 , Team 5 lawan Team 1 ,
Team 2 lawan Team 3 , and Team 4 lawan Team 5 .
Tapi something happened , so berubahlah siket ..
Team 5 ( team aku ) tak jadi lawan dengan Team 1 yang terror belaka budaknya tuh !
So , lawanlah dengan Team 3 and kalah 5-1 !
Pastu lawan pulak dengan Team 2 and berjaya tundukkan diorang > 6-2 ( Yeyyy ! :D )
Dah menang tu , lawan dengan Team 1 . Peh , 10-1 dia belasah team aku !
Then , lawan punya lawan ..
And the decision , kitorang dapat tempat kedua daripada lima team !
Alhamdulilah ! I praise to Allah !

Berkat kerjasama Team 5 ,
 Syahmina , Syafiqah , Azwa , Aishah Hamid , Aishah Rozan , Safura , Bella and Ferysha
Tak sangka pulak dapat achievement yang membanggakan ni !
Bak kata wonderpets : “Apa Yang Penting ? Kerjasama !”
I love my team ! Muahh !

Wasalam

Friday 2 November 2012

:: Hit And Run ::


Assalaamualaikum wbt ..
Hai korang ~ Sihat ? :)

( wahh , panjang gilaa entry ini ~ )

Hmm , rasanya tengok tajuk je dah tau main topic aku harini kan ? Hit and run . Langgar lari > eksiden gedebaabomm ! Hoho , tampak real serta gempak suda ~ Well , ni aku nak cite kat korang satu benda yang aku rasa bolehlah dijadikan pengajaran kita bersama . Ngeh-ngeh :D

29 September 2012 / Sabtu . About a week before the PMR exam . Hari tu , parents aku gi Melaka , hantar kak long interview kerja apa tu , ehem-ehem , Penolong Pegawai Teknologi Maklumat katanya . Eh , bukan interview , cuma ujian yang ala-ala budak sekolah menengah . Ala tomey-tomey ~

Pendekkan cite , pagi tu aku ada kelas BI dengan Miss Zihan . Lepas habis kelas BI , aku pun ajaklah si Pika ( BFFFFFF aku , heeh ) lepak kat rumah , memandangkan aku takut duduk sorang-sorang kat rumah as adik aku ke Darjah Khas . Mulanya plan nak study sama , so , kitorang pun masak nasik goreng together ( me : pemasak nasik goreng professional :P ) . Okay , then , makan sambil tengok TV , hampir satu jam .. ( almaklum , kunyah nasik 40 kali ) . Dah tuu , bukak laptop jap , dengar lagu gedebak-gedebuk sambil tengok gambar masa wedding abang aku ( konon nak tunjuk kehenggseman abang sendiri le tu ! Ahakss , gelimat ! ) . Pastu , masuk waktu Zuhur . Lepas perform my solat , aku pun tergerak le nak hantar si Pika ke rumah dia . Manalah taukan , mak dia dah frust menonggeng kat rumah rindukan si anak yang dah dihangkut aku bawak balik rumah jadik peneman .

Emm , masa nak lintas jalan tu , aku pergilah depan masjid , biar lebih senang nak mlintas . Bila confident jalan raya dah clear , aku pun lintas lah .. Tiba-tiba .. Zupp ~ motor aku kena sambar dengan kereta warna silver , emm , tak pastilah jenis apa , Toyota Vios kot . Apalagi , terpelantinglah kitorang kat tengah jalan ! Nasib baiklah jalan raya kosong masa tu , kalau takk , ICU lah jawabnya !

Teruk ke ? Emm , Alhamdulillah .. Pika okay , aku pun okay .. Cuma kaki kiri aku kejang , dan ada luka dalam , darah susah nak berhenti woo .. Tapi lama-lama berhenti jugak , cuma nak wudhuk dan mandi tuu .. adess ~ sakit lah sikit .. Em , kereta yang langgar tu ? Dia dah lari . Haha , takpelah , dia takut kot .. It’s okay , aku dah maafkan seikhlas hati . Haha , baik jugak aku ni ekk . Wekk . Tapi aku anggap benda ni dugaan je , mana tau kan , Allah nak kasik straight A’s ! Wah , best jugak tu ! Ermm , sampai kat sekolah , Bella adalah manusia yang paling banyak membebel ! “Syahmina , luka tu sapu ubat ! Syahmina , esok jangan pakai sepatu , pakai sandal je ! Syahmina , duduk diam-diam ! Syahmina itu , Syahmina ini !” Huhh , naik pecah eardrum aku ni Bella ! Hehe , tapi terharulah jugak :’) hikk . And adik aku dah start panggil aku ‘JKK’ a.k.a Jalan Kengkang-Kengkang . Huh , sabo jee ~

* Pengajaran (!)
Tak kiralah kenderaan apepun yang korang pandu . Must be careful ! Baca basmallah sebelum mulakan perjalanan yee . Jangan sampai terlanggar atau dilanggar . Haha , lebih plak aku ni ! Err , jangan jadik macam aku . Kehh ~

K laa , dah berjelaa ni ,
Bye bye :D
Wasalam ~


Saturday 27 October 2012

:: Ada Sesuatu Yang Korang Tak Tahu ! ::


Assalammualaikum wbt ..
Hai sume ~

Hmm , first of all , Selamat Hari Raya Aidiladha you ols ~! ^^v
Maaf zahir dan batin ! ._.
Amacam ? Lembu korban ada yang lari tak ? HAHA

Erm , disebalik kegembiraan berhari raya korban ni , mungkin kita terlupa , banyak kelebihan yang ada di bulan Zulhijjah ni . Heyy , korang nak tau tak ? Err , just keep quiet and continue your reading ~ :D

Dari Ibnu Abbas rodiallahuanhu , telah bersabda Rasulullah s.a.w :

Kelebihan berpuasa pada bulan Zulhijjah :

Zulhijjah merupakan hari diampuni Allah akan Nabi Adam . Sesiapa berpuasa pada bulan itu , Allah akan mengampuni dosa-dosanya .

Zulhijjah juga hari dikabulkan doa Nabi Yunus dan keluar dari perut ikan Nun . Sesiapa yang berpuasa pada bulan itu , seolah-olah dia beribadat selama setahun .

Zulhijjah ialah hari doa Nabi Zakaria dikabulkan oleh Allah , barangsiapa berpuasa pada hari itu , Allah akan mengabulkan doa-doanya . ( wah , boleh doa results PMR cemerlang ni ! )

Zulhijjah merupakan hari lahirnya Nabi Isa , barangsiapa yang berpuasa  pada hari itu , nescaya Allah akan menjauhkan segala kesusahan dan kekafirannya .

Zulhijjah ialah hari lahirnya Nabi Musa . Sesiapa yang yang berpuasa pada hari tu , terlepaslah ia dari nifak dan mendapat keamanan dari seksa kubur .

Zulhijjah , hari Allah membukakan segala kebaikan bagi nabi-nabinya , sesiapa yang berpuasa pada hari itu , maka Allah akan memandang kepadanya dengan kehormatan . ( tabik spring lah ni ea ? :D )

Zulhijjah hari ditutup segala pintu neraka sehingga 10 Zulhijjah , sesiapa yang berpuasa pada hari itu maka Allah akan menutup 30 pintu daripada kesempitan dan dibukakan 30 pintu kemudahan .

Zulhijjah ialah hari yang dinamakan hari tarwiyah , sesiapa yang berpuasa pada hari itu , nescaya diberi ganjaran yang tidak diketahui orang melainkan Allah .

Zulhijjah ialah hari Arafah , sesiapa yang berpuasa hari tu , Allah akan menghapuskan dosa-dosanya selama setahun .

Hmm , hebatkan ?
Subhanallah ~

So , rasanya belum terlambat kot untuk kita nak berpuasa sunat bulan ni .
Hahh , jangan lupa pulak bertakbir and baca doa akhir tahun Hijrah masa hari akhir bulan Zulhijjah ..
Erm , tak silap aku , akhir Zulhijjah > 14 November 2012 / Rabu kot .
Korang nak pahala tak ? So , what you waiting for ? :)

Wasalam 

Tuesday 16 October 2012

:: Freedom ::


Assalammualaikum wbt ..
( wajib dijawab ! )
Heyy guys ~ ^_^ ) ) )

Huhh , today is the day .
It’s time to take a major break .
Finally , terlunas jugak rindu nak bukak facebook , twitter , myspace and especially ,
membebel-bebel kat sini lahh !
Whaa ~ rindunyee kat hang , hang , hang ~
Aww aww :D

Alhamdulillah Ya Allah..
Aku rasa , akulah antara manusia yang very the most happiest lah omputih kata !

Haha , berbalik pada cite pasal PMR , erm , tahun ni , BM dan BI aras tinggi memuncak . Maths , I’ve made a silly mistake , and ada beberapa soalan yang susah . Sains , itu kacangg laa ( sambil buat muka blagak ) , tapi paper 1 aku ada banyak jugak salah . Sejarah , mak aii , susah bin payah ! Geografi , pun boleh tahan susahnya . Pendidikan Islam boleh tahan lah jugak . Em , KHB pulak , senang , tapi banyak tak boleh jawab sebab aku tak tau nama kuih , alat tangan apebendalah sume tu :’( . And the last one , hehe , baru periksa pagi tadi , Bahasa Arab . Emm , susah tak , senang pun tak jugak , pendek kata , sedang-sedanglaa ..

Hey hey kawan .
Skarang ni dah tak leh nak buat apa dah .
Nak nangis sebab salah jawab pun dah tak guna .
Cuma perlu redha dan berdoa banyak-banyak biar dilunakkan hati penanda kertas tu .
Nak happy sangat pun tak boleh jugak , kena fikir pasal kertas kite tu !

Semoga semua dapat result yang terbaikk .
Please pray for me okay .
Thanks a lot , loveee you all ! :)

Wasalam ~

Tuesday 9 October 2012

:: Fight For Life ! ::


Bismillahirrahmanirrahim ..
Assalammualaikum w.b.t
( jawab .. tak jawab dosa .. )

Hai koranggg ~ ^_^v

Hmm , sebagaimana yang semua rakyat Malaysia tahu ..
Terutamanya seramai 500 ribu pelajar - pelajar tingkatan 3 ,
Esok merupakan tarikh yang terpenting bagi kita semua ..
PMR ( Penilaian Menengah Rendah )
Huh , kau datang jua , PMR .
Kedatangan yang tidak dinanti  :P

So , selepas berhempas pulas selama tiga tahun belajar di sekolah menengah ni ,
Akhirnya di sini penghujungnya sebelum menuju ke tingkatan 4 ..
Nervousnya tuh tidak terkata , kan kan ? :”)

Hmm , target aku ?
Absolutely 9A , ( selepas kehilangan 1 A masa UPSR dulu .. haha ! )
Tapi at least , 6A 3B pun aku dah bersyukur ~
Hihokk ~

Em , lagi apa ekk ..
Hah ! Kepada anda , anda , anda yang tengah membaca ni ,
Tak kiralah kenal atau tidak ..
Maafkan andainya diri ini pernah buat salah ..
Tersalah cakap yang boleh menyinggung perasaan ..
Dan apa jua kesilapan yang pernah dilakukan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki .
Halalkan segalanya .
Mintak ampun , mintak maaf sangat - sangat yee ..
Jangan lupa jugak untuk tolong mendoakan kejayaan kami ..
Tolong ye , tolong ye ? :D

Okayy ,
To all PMR candidates ,
 “Selamat Berperang !”
All the best kawann ~ :)



Korang nak yang macam ni ke ?



“ Burn the midnight oil “ – Jomm ~!




Doakan kami yee ~
Terima kasih ..
 Hanya Allah sahaja yang mampu membalas kebaikan korang ..

Sekian .
Wasalam ..

Saturday 15 September 2012

:: How To Improve Our English Language ? ::


Assalammualaikum w.b.t
Hey guys ^_^)))))~

Hmm , rasanya dah lama ruangan tips ni menyepi ,
Tengok tu , sampai bersawang dah .. 
Isy , kesian - kesian .

Em , pagi tadi aku bosan yang teramat sangat hingga ke tahap maksimum ..
So , aku pun carilah alternatif lain untuk menghilangkan kebosanan yang melanda tuh .
Nak dijadikan cerita , aku teringat ruangan tips yang dah ‘menyawang’ ni ..
Teringin jugak nak rasa nikmatnya menjadi seorang pendidik ni .. Haha
Dalam masa 10 minit kot aku tulis tips nih kat buku mainan aku tuh ..







Baiklah .. Abaikan gambar diatas tuh .. ehem .. ehem ..
Yang jauh dekat - dekatkan , yang dekat erat - eratkan ! ( ayat abang aku )

Read , Read , Read !
      Bacalah artikel , suratkhabar , karangan atau apa jua bahan bacaan yang berbahasa Inggeris . Jangan .. 
      malas !

      Menyanyi
Hah , menyanyi ? Yess . Cuba pilih satu lagu Bahasa Inggeris  . Carik liriknya kat internet . Pastu translatelah lirik tu ke Bahasa Melayu. Daripada dengar lagu gedebak  gedebuk tak dapat apa , baik korang belajar sekali kan ? Good luck - good luck ..

Dictionary
Time free tu , buatlah perkara yang boleh mendatangkan faedah . Daripada berbual pot pet pot pet , ada baiknya korang capai satu kamus dwibahasa , pastu hafal satu persatu perkataannya . Sikit - sikit lama - lama jadik ? Bukit ~

Ubah
Hah , korang ada diari peribadikan ? Em , apa kata korang tukar cara penulisan korang tu kepada bahasa inggeris . Mula-mula memanglah susah , lama-lama nanti okey punyalah ! InsyaAllah ~

Communication
Berkomunikasi . Try lah berkomunikasi dengan family , sahabat handai , atau sesiapa pun dalam Bahasa Inggeris  . Silap pun apa salahnya , belajar dari kesilapan . Err , tapi cakap tu coverlah sikit yek ! :D

Highlight .. Zreekkk !
Minat , Ikhlas , Usaha dan Rajin . Itu penting ye kawan-kawan  ^_^

Menyelam Sambil Minum Air
Eh , bukan telan air masa menyelam ! Tapi , time tengok drama Melayu tu , kat bawah kan ada dia punya apa tu .. emm , subtitle kot . Cuba korang baca subtitle tu sambil telinga dengar apa yang pelakon tu dok kata . Hah , secara automatik kita akan terbelajar Bahasa Inggeris  . Ye takk ? :)


Betulkan yang biasa , biasakan yang betul ~

That means  ( / ) = itu bermaksud
That’s mean ( X ) = itu kejam !

What makes ( / )
What’s make ( X )

So , hopefully .. dengan membaca entry yang tak seberapa ni ,
Korang dapat ilmu baru untuk harini .
Minta maaf atas segala kekurangan .
Saya budak baru belajar . Hehe ~ :D

Wasalam ..

Like Sini !

Please Comments Here