Friday 2 November 2012

:: Hit And Run ::


Assalaamualaikum wbt ..
Hai korang ~ Sihat ? :)

( wahh , panjang gilaa entry ini ~ )

Hmm , rasanya tengok tajuk je dah tau main topic aku harini kan ? Hit and run . Langgar lari > eksiden gedebaabomm ! Hoho , tampak real serta gempak suda ~ Well , ni aku nak cite kat korang satu benda yang aku rasa bolehlah dijadikan pengajaran kita bersama . Ngeh-ngeh :D

29 September 2012 / Sabtu . About a week before the PMR exam . Hari tu , parents aku gi Melaka , hantar kak long interview kerja apa tu , ehem-ehem , Penolong Pegawai Teknologi Maklumat katanya . Eh , bukan interview , cuma ujian yang ala-ala budak sekolah menengah . Ala tomey-tomey ~

Pendekkan cite , pagi tu aku ada kelas BI dengan Miss Zihan . Lepas habis kelas BI , aku pun ajaklah si Pika ( BFFFFFF aku , heeh ) lepak kat rumah , memandangkan aku takut duduk sorang-sorang kat rumah as adik aku ke Darjah Khas . Mulanya plan nak study sama , so , kitorang pun masak nasik goreng together ( me : pemasak nasik goreng professional :P ) . Okay , then , makan sambil tengok TV , hampir satu jam .. ( almaklum , kunyah nasik 40 kali ) . Dah tuu , bukak laptop jap , dengar lagu gedebak-gedebuk sambil tengok gambar masa wedding abang aku ( konon nak tunjuk kehenggseman abang sendiri le tu ! Ahakss , gelimat ! ) . Pastu , masuk waktu Zuhur . Lepas perform my solat , aku pun tergerak le nak hantar si Pika ke rumah dia . Manalah taukan , mak dia dah frust menonggeng kat rumah rindukan si anak yang dah dihangkut aku bawak balik rumah jadik peneman .

Emm , masa nak lintas jalan tu , aku pergilah depan masjid , biar lebih senang nak mlintas . Bila confident jalan raya dah clear , aku pun lintas lah .. Tiba-tiba .. Zupp ~ motor aku kena sambar dengan kereta warna silver , emm , tak pastilah jenis apa , Toyota Vios kot . Apalagi , terpelantinglah kitorang kat tengah jalan ! Nasib baiklah jalan raya kosong masa tu , kalau takk , ICU lah jawabnya !

Teruk ke ? Emm , Alhamdulillah .. Pika okay , aku pun okay .. Cuma kaki kiri aku kejang , dan ada luka dalam , darah susah nak berhenti woo .. Tapi lama-lama berhenti jugak , cuma nak wudhuk dan mandi tuu .. adess ~ sakit lah sikit .. Em , kereta yang langgar tu ? Dia dah lari . Haha , takpelah , dia takut kot .. It’s okay , aku dah maafkan seikhlas hati . Haha , baik jugak aku ni ekk . Wekk . Tapi aku anggap benda ni dugaan je , mana tau kan , Allah nak kasik straight A’s ! Wah , best jugak tu ! Ermm , sampai kat sekolah , Bella adalah manusia yang paling banyak membebel ! “Syahmina , luka tu sapu ubat ! Syahmina , esok jangan pakai sepatu , pakai sandal je ! Syahmina , duduk diam-diam ! Syahmina itu , Syahmina ini !” Huhh , naik pecah eardrum aku ni Bella ! Hehe , tapi terharulah jugak :’) hikk . And adik aku dah start panggil aku ‘JKK’ a.k.a Jalan Kengkang-Kengkang . Huh , sabo jee ~

* Pengajaran (!)
Tak kiralah kenderaan apepun yang korang pandu . Must be careful ! Baca basmallah sebelum mulakan perjalanan yee . Jangan sampai terlanggar atau dilanggar . Haha , lebih plak aku ni ! Err , jangan jadik macam aku . Kehh ~

K laa , dah berjelaa ni ,
Bye bye :D
Wasalam ~


No comments:

Like Sini !

Please Comments Here