Friday, 2 March 2012

:: Pergi Tak Kembali ::


Dear readers ..
Hmm .. aritu ( 28 Feb 2012 ) , mak aku datang sekolah ,
Jemput aku & adik balik awal .
Aku dah happy , dapat balik awal dari orang lain .
Em , mula - mula aku ingat family aku nak gi mana , 
Rupanya nak gi umah mak cik aku .
Nenek aku meninggal dunia . 

Ya Allah , tak dapat nak bayangkan perasaan aku masa tu .
Sedih , hiba .. Sume ada .
Huhh ..

Sampai je kat sana , jenazahnya ada kat surau , tapi belum siap pape lagi .
Bila tengok wajah arwah , bertambah sedih . 'Hujan semakin lebat' .
Macam tak dapat terima yg dia dah takde :'(

Aku sayang dia sangat - sangat .
Masa aku kecik dulu , dia slalu bawak aku gi kedai , belikan gula - gula & jajan .
Kalau aku lapar , dia masak untuk aku .
Lepas mandi , dia sikatkan rambut , bedakkan muka pe sume .
Sekarang , aku dah tak berpeluang nak rasa sume tu .

Kali terakhir aku jumpa dia , bulan lepas .
Masa tu dia dah uzur benar .
Dia nak mandi , tapi tak kuat , so , aku tolong mandikan dia .

Malamnya aku dah nak balik Muar , tapi dia tak kasik aku balik .
Dia nak aku jaga dia , mandikan dia lagi .
Tapi masa tu tak boleh sebab aku kena sekolah .

Rupenya , 28 feb 2012 aritu .
Kali terakhir aku mandikan jenazahnya .
Pakai baju sekolah purple tu .
Tak sangka betul .
Mesti aku akan teringatkan dia bila aku pakai baju tu kan .
Allahuakbar .

Tapi aku redha .

Emm .. kepada korang yg ada baca post ni ,
Tolong sedekahkan Al - Fatihah untuk arwah ya .
Semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan di kalangan orang yg beriman .
Amin . Al - Fatihah ~


Wasalam ..




















-OUT-

1 comment:

Ain GreenChubby said...

sabar eh dek... ^_^

Like Sini !

Please Comments Here