Thursday 29 December 2011

:: Nak Bagi Hadiah Untuk Birthday Kawan ::


Hai sume .. ^_^ )))))~

Hmm ..
Birthday kawan kita dah dekat ni,
Tapi tak tau nak kasik apa kat dia ..

Haa ..
Jangan bimbang , jangan risau ..
Biar aku yg uruskan .. 
( cewahh .. over-confident plak )

Hmm ..
Kalau dah nama pun hadiah,
Mesti laa kita nak ianya dikenang kan ?

So, jom baca tips kat bawah ni,
Mana tau boleh bantu ?

1) Lilin Wangi
- hmm .. rasanya yg ni OK laa kot .., bukan setakat cantik, tapi, aromanya boleh kembalikan mood untuk terus melakukan tugas harian. Lagipun, benda ni, RM5 pun dah dapat !

2) Coklat
- Beri coklat sebagai hadiah birthday or anniversery ke, macam dah jadik kebiasaan dah bagi kita. So, tak salah laa kalau benda ni still jadik amalan. Biar persahabatan korang bertambah manis, semanis coklat tuh! :)

3) Teddy bear 
- Itu dia ! Biasanya, si boy yg bagi teddybear untuk si girl kan, tapi tak salah jugak kalau girl bagi ke girl. Tak kiralah teddybear tu besar ke kecik, bila kawan kita tengok je teddybear tu, dia terus ingat kita. Kan sweet tak ?

4) Alat Solek.
- untuk kita yg masih bergelar pelajar, tak yah laa bagi dia make-up yg ala-ala artis tu .. macam eye shadow ke, blusher segala .. cukuplah korang bagi dia lip ice je .. tu pun dah memadai.

5) Facial
- Yg ni pun OK ! Korang kasik lah dia facial cleanser ke, moisturizer ke, toner ke .. or beauty cream ikut produk yg dia pakai. Tak yah kasik satu set pun rasanya OK. Bagi salah satu daripadanya pun dah mencukupi. Nanti si penerima tu tak yah laa susah-susah bazir duit untuk beli, sebab korang dah kasik ! Tak ke jimat tu ?

6) Diari
- agak unik dan menarik. Biasanya, benda macam nilah yg akan dikenang, sebab, diari tu akan sentiasa berada bersama si penerima sepanjang tahun untuk mencatat aktiviti harian dia. Dan dikira jadik barang personal la. Korang mesti nak barang yg korang hadiahkan kat dia tu jadik barang personalkan ?

7) Kad.
- walaupun hanya sekeping kad yg murah, dan tertulis beberapa potong ayat, " Happy Birthday To You! ", tu pun dapat membuatkan seseorang rasa dihargai. Kadang-kadang, tak yah kasik hadiah pun, cuma bagi kad je, pun kira barang paling berharga tau !

So, dah dapat idea nak bagi hadiah untuk kengkawan ?
Semoga tips kat atas tu dapat tolong korang buat pilihan ea.

Ikhlas dari
syahminaahmad.blogspot.com

Wasalam ..

-out-

No comments:

Like Sini !

Please Comments Here